Friday 12 June 2015

Hati Gelap ?


Assalamualaikum wahai sahabat .
Sekian lama tidak menulis dna hari ini Alhamdulillah , ada masa sedikit.

Ingin berbicara tentang Hati .
Kita hanya sekadar manusia yang lemah yang sering melakukan kesilapan . Tetapi jika hati kita
menginginkan perkara yang baik, sudah tentu, kita tidak akan melakukan keburukan .
Mengapa , manusia tahu sesuatu perkara itu haram tetapi masih mengamalkannya? Hairan sungguh.
Mari saya beri sebuah contoh dan contoh ini saya pernah berbicara bersama sahabat-sahabat saya di sekolah.

Kita menunaikan Ibadat dan solat lima waktu setiap hari. Kita berdoa , memohon keampunan dan permintaan yang kita inginkan. Tetapi yang dahsyatnya, kita melakukan larangannya . Seperti, merokok, derharka, melanggar peraturan, berdua-duaan dan sebagainya, Pada mulanya, saya juga berasa hairan dan pelik. Memang kami ditakdirkan sebagai umat akhir zaman. Saya mencari jawapan dan akhirnya saya tahu.

Hal ini demikian kerana Solat kita tidak sempurna . Ataupun lebih jelas katanya Solat kita cacat . Kenapa ye sehingga terjadinya begitu? Haa. Oleh sebab kita tidak khusyuk semasa menunaikan solat . Lepas tu kita makan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Kan tidak elok? Sebab tu lah solat kita cacat . Kita nak yang terbaik, solat tidak boleh lah cacat kan? Oleh itu, kita kena sedar.

Hidayah perlu dicari bukan dinantikan. Hidayah Allah ni sangat hebat . Siapa yang memperoleh Hidayah Allah, sangat beruntung. Tetapi sedar tak sedar sebenarnya, kita boleh dikatakan sering terdedah kepada Hidayah Allah. Ada dua pilihan, Terima atau Tidak terima. Semuanya bergantung kepada hati kita.

Sahabat, cuba muhasabah diri. Hati kita ni gelap atau terang. Kalau terang , maksudnya kita terima segala teguran dan nasihat orang lain. Cuba perbaiki diri, berubah . Dan kembali ke jalan Allah . Tetapi kalau gelap ? Kita susah terima pandangan orang lain. Hati yang busuk dan tidak mahu berubah , Tetap jahil di jalan Allah.

Allahu akbar. Kita mahukan yang terbaik bukan? Oleh itu, kita teruskan berjihad di jalan Allah . Ingat, Allah sayang kita semua. HidayahNya bila-bila masa boleh diberi olehNya.

Sekian sahaja .
Salam Ukhwah daripada Biro Multimedia Badar Sasem !


Dakwah , amanah semua orang !

No comments: