Friday 13 March 2015

Ceramah Perdana






Assalamualaikum. Alhamdulillah .

Pada 2 Mac 2015 yang lepas, pihak BADAR dan pihak Sekolah telah melaksanakan sebuah program Ceramah Perdana . Pada hari tersebut, kami telah menjemput Ustaz Fadzli dan Dai'e Azam . Ceramah ini telah membincangkan tentang peranan pelajar dan guru dalam membina generasi Ulul Albab. Program berjalan dengan lancar dan pelajar serta guru memberikan respon yang sangat baik.

Selain para pelajar dan guru-guru, ibu bapa serta tetamu yang lain juga turut hadir dalam program ini . Dalam program tersebut, penceramah telah memberikan sedikit tips dalam pembelajaran serta hal-hal yang berkaitan dengan peranan masing-masing di sekolah.

Terdapat empat orang pelajar telah bertanya soalan kepada penceramah .
- Bagaimana hendak menyesuaikan diri dalam keadaan atau situasi yang baru .
- Bagaimana hendak memilih cita-cita kita sama ada kita ingin mengikut kehendak diri atau kehendak ibu bapa.
- Bagaimana kita hendak memberitahu ibu bapa jika sesuatu perkara berlaku dengan panik.

Jawapan yang telah diberikan sangat rasional dan professional kepada pelajar . Pelbagai pengajaran telah diberikan kepada pelajar dan guru . Kami amat berterima kasih kepada para penceramah atas kedatangan ke SM Sains Sembrong .




No comments: