Tuesday 30 December 2014

Aku Ingin Berubah, tapi...


Assalamualaikum .

Saya pasti mesti antum semua ada menonton video di atas. Ya, kerap kali di SASEM terutamanya waktu Usrah akan memaparkan video-video dakwah seperti di atas. "Aku ingin berubah, tapi ..."
Saya tahu, mesti semua orang ada rasa nak berubah atau berhijrah . Kembali kepada jalan Allah . Ya, saya pun ada perasaan sebegitu . Memang susah untuk berubah. Tapi hakikatnya, seytiap hari manusia berubah. Kadang- kala ada hamba Allah yang beruntung mendapat hidayah daripada Allah. Ada hikmah kenapa Allah buat sedemikian. Sesungguhnya Allah telah merancang kehidupan kita dan perancangan Allah yang terbaik.

Kadang" kita terfikir, kita buat dosa tapi kita tak terima balasan yang dahsyat seperti orang lain . Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sahabat, ini kerana Allah masih sayangkan kita. Allah nak kita bertaubat. Allahu Akbar. Kadang" sebenarnya banyak benda yang kita tak perasan. Banyak sangat . Tapi sampai satu hari, kita sedar. Hebatkan kuasa Allah? Alhamdulillah. Kita haruslah bersyukur sebab dilahirkan sebagai seorang umat Islam. Umat Nabi Muhammad.

Ya, betul. Kita kadang" akan hilang kawan . Bila berhijrah, banyak benda yang perlu ditinggalkan dan banyak benda yang perlu diikuti . Ingat ! Allah tujuan kita. Rasul Allah Teladan kita. Al-Quran pedoman kita. Jalan jihad adalah jalan juang kita. Cita-cita kita? Mati di jalan Allah. Kalau kita sayang Allah, bukan kah kita sanggup buat apa saja untuk Allah? Tepuk dada tanya Iman wahai sahabat .

Saya ingin berhenti di sini. Andai ada persoalan yang ingin ditanya, boleh tanya di cbox . Syukran .

No comments: